Dear Psoriasis,
Rasanya dah cukup lama aku x update blog ni. Realitinya ia agak sukar untuk handle 2 buah blog dalam masa yang sama. Yap, aku ada blog utama lain selain blog ni iaitu http://mynameisnazir.blogspot.com. Even sepanjang aku x update blog ni aku masih lagi talks about psoriasis diblog yang satu lagi tu. Cam mana aku leh tak menulis about psoriasis jika psoriasis itu memang ialah aku sendiri ar kan?
Maka hari ni aku nak update kata bahawa ini ialah post aku yang terakhir dalam blog ni sebab after this kalau korang nak tahu perkembangan aku just pergi ke blog utama tu. Berikut ialah beberapa cerita aku tentang apa yang berlaku pada aku dan psoriasis sepanjang aku x menulis dalam blog ni:
POLKA DOT SKIN
PIL TAHAN SAKIT
RESIGN..? AGAIN...?
GOOD MR. NAZIR
LAB RAT
REALITI
AWAN KEHIDUPAN
BEING NORMAL HUMAN
So kalau ada masa lawat ar blog aku di http://mynameisnazir.blogspot.com
Pengakuan Seekos Aku
Setiap imej dan hasil penulisan yang terdapat di dalam blog ini adalah hak milik tetap pemilik blog. Ia tidak berkaitan secara langsung mahupun tidak dengan sesiapa yang masih hidup ataupun yang telah tiada lagi (atau dalam proses tiada lagi di dunia). Jika terdapat persamaan maka ia hanyalah sekadar kebetulan semata-mata. Malah pemilik blog juga tidak memperakui sebarang imej atau penulisan yang terlebih dahulu telah diakui bukan dimiliki oleh pemilik blog. Lantas sebarang unsur penggunaan imej dan hasil penulisan tanpa pengesahan pemilik adalah ditegah sama sekali.
Thursday, 10 May 2012
Sunday, 23 October 2011
Aj Wheelcha
Miss Chia (manager aku) suroh aku jumpa doktor kulit. Yap, my skin condition seems turning worst sekali lagi. Realitinya kerja ni menjadikan aku tak ada masa untuk sesiapa, untuk apa-apa and even untuk diri aku sendiri. Tekanan luar dan dalam menjadikan stress aku a bit teruk. Yap, stress menjadikan psoriasis turn worst too. Dan kerja ni gak memerlukan aku berdiri a bekerja pada masa yang panjang then effectnya pada arthritis aku pun bertambah teruk.
Korang nak tahu apa sebab utama aku tak nak jumpa doktor? Selain most doctor tak pernah bagi apa-apa harapan melainkan preskripsi dan ubat-ubatan jer, aku cukup takut kalau doktor tu advice aku agar berhenti kerja dan ambil pencen muda. Yap, I got a family member yang a bit jauh yang punya psoriasis arthritis cam aku. Pada usia pertengahan 30-an dia diadvice by doctor untuk ambik pencen Ilat Perkeso sebab pekerjaan dia akan bagi effect teruk pada kesihatan dia.
Realitinya pssoriasis aku jauh lebih teruk dari dia. Dia menghidap psoriasis pada usia belasan tahun sedangkan aku since dari usia 2 tahun lagi. Aku takut kalau tulang-tulang aku membengkok. Aku takut kalau aku dah tak mampu berdiri dan berjalan seperti hari ni lagi. Or what if jika kajian tentang psoriasis akan hidup separuh dari kehidupan manusia normal?
Yap, mood aku sedang down sehingga aku berharap that I could be normal di saat orang lebih dengar apa yang aku cakap daripada mereka lebih fokus kepada kulit aku, di saat orang mampu berada di sebelah aku tanpa mereka perlu risau aku akan menjangkiti mereka, or di saat kulit aku yang jatuh tak menjengkelkan sesiapa or saat aku tak perlu risau tentang banyak perkara dan boleh hidup dan mati dengan tenang seperti orang-orang lain.
Aku yakin aku sedang berjalan pada laluan yang ditentukan oleh-Nya. Dan aku redha pada semuanya..
Cuma aku ingin terus berdiri, berjalan dan berlari lebih lama lagi. Hmmmm
Tuesday, 26 July 2011
Psoriasis Support Group
Percaya tak kalau aku kata dulu aku pernah masukkan 'Join other PSORIASIS dalam persatuan PSORIASIS' sebagai antara senarai yang paling aku takut nak buat? Sedangkan orang selalu kata kalau kita berada dalam persatuan atau kumpulan masyarakat yang ada persamaan dengan kita menjadikan kita jauh lebih kuat tapi sebaliknya aku fikir tak. Hmmmmm..
Mungkin sebab dulu aku cukup rapuh (tak menjadikan aku sekarang ni cukup kuat) dari segi dalaman ar.Aku fikir aku pasti akan jadi lebih rapuh dan lemah bila berjumpa orang lain yang senasib dengan aku. Mereka yang share their same stories as mine tak akan sedikitpun menjadikan aku jadi lebih kuat. Hei, Im a PSORIASIS and I know how does it feel to become a PSORIASIS.
Plus dulu aku suka lari dari masalah aka lari dari PSORIASIS itu sendiri. Pretend that Im normal maka aku sembunyikan PSORIASIS tu. Dan aku sedaya upaya x nak orang tahu PSORIASIS pada diri aku.
Tapi itu dulu. Satu era yang dah lama aku tinggalkan.
Aku dah x nak lari-lari lagi. Malah aku bangga untuk bagitahu semua yang aku ada PSORIASIS. PSORIASIS ni yang bawak aku ke tahap ni.
Plus aku dah tak takut nak jumpa sesiapa yang senasib dengan aku lagi. Malah aku boleh katakan aku cukup kuat untuk tersenyum dan bagitahu mereka yang sama nasib dengan aku ngan kata: it okey to have PSORIASIS. Do not hide yourself. Proud of yourown skin.
PSORIASIS tak akan hilang dari diri korang so korang kena terima ia seadanya seperti mana korang harap orang lain leh terima korang seadanya. Plus kalau korang x leh terima PSORIASIS anda then it will turn worst. Believe me in that..
Plus bila korang tak takut nak sembunyikannya then percayalah pasti akan ada kekawan yang leh terima dan bagi sokongan pada korang. Ia bukan simpati tapi sokongan.
Terima kasih pada kekawan yang bagi sokongan pada aku selama ni. Hmmmm..
Sunday, 26 June 2011
Pekerjaan & Psoriasis
Aku ialah seorang lelaki yang cukup gemar bertukar kerja atau dalam bunyi tak bestnya aku suka berhenti kerja. Yap aku akui yang pekerjaan memang ada effect pada pesakit psoriasis tapi realitinya aku tak pernah berhenti kerja kerana sakit psoriasis aku. Hmmm..
Stress ialah ciri utama yang akan menjejaskan kulit si psoriasis. Tapi siapa dapat lari dari tekanan tempat kerja kan or tempat kerja mana yang tak ada tekanan kan? Boss kita mahukan itu ini untuk naikan prestasi kerja, kadang-kadang kena handle tugas berat, kena travelling kat tempat jauh, fail jayakan assignment yg ditugaskan, kena marah boss, rakan sekerja kencing kita dari belakang etc. Yap aku pernah lalui tekanan yang bagi effect teruk pada kulit aku sendiri.
Tekanan lebih teruk buat psoriasis yang menyembunyikan kewujudan psoriasis pada diri mereka atas alasan takut rakan sekerja tak mampu terima diri mereka seadanya. Dont worry there are such people like that tapi tak semua orang macam tu. Aku dah jumpa ramai rakan-rakan sekerja yang baik yang bukan je wujud kat tempat kerja tapi leh bawak hang-out luar masa kerja lagi dan mereka anggap kulit aku cam kulit-kulit yang biasa jer.
But walau betapa teruk keadaan sekalipun still Psoriasis masih perlu bekerja untuk beli ubat untuk kurangkan gejala psoriasis.
Tapi sekali lagi aku tak pernah berhenti kerja dalam banyak-banyak kerja ni atas alasan kulit aku. Bagi aku setelah aku melepasi tahap boleh menerima psoriasis as part of my life then aku dah tak jadikan psoriasis sebagai alasan kenapa aku tak leh buat itu, kenapa aku tak leh buat ini etc.
Cuma sebagai seorang psoriasis aku teringin gak nak terlibat dalam certain sector pekerjaan yang quite mustahil untuk pesakit yg quite kronik psoriasisnya cam: jadi first liner kat fast food restaurant, flight cabin crew, model, pelakon, penyanyi or apa-apa pekerjaan yang orang sangat tak boleh terima orang sakit kulit sebagai pekerjanya.
Last Friday dapat call surog pergi interview salah satu kerja tu. Aku harap aku dapat lakukannya walaupun aku ada psoriasis dan kerja tu tak mungkin akan terima seorang yang cam aku. Walau tak berjaya sekalipun setakat masuk interviewnya pun dah cukup baik. Doakan aku wahai rakan psoriasis..
Subscribe to:
Posts (Atom)