Semalam menonton INCEPTION arahan Christoher Nolan. Terfikir. Bagaimana jika sekarang ini: PSORIASIS dan kesakitan dan segala mimpi ngeri sepanjang 25 tahun yang lalu ini sebenarnya hanya satu mimpi? Satu mimpi yang cukup panjang. Lalu aku mahu terbangun. Tersedar. Dan kemudian tersenyum. Melihat tangan dan kaki dan kepala dan badanku rupa2nya sama seperti kulit mereka yang lain. Rupa-rupanya semua ini hanya mimpi. Tidur malam yang cukup panjang...
Kemudian aku sedar bahawa bermimpi adalah untuk jadi NORMAL dan PSORIASIS ini adalah realiti. Realiti bahawa aku telah mengalaminya untuk 25 tahun yang dahulu dan 25 tahun yang seterusnya. Terus tejaga... Hmmmm
No comments:
Post a Comment