Aku seorang yang sangat suka berjalan-jalan. Mungkin sebab aku aku berdiri pada prinsip: Hei, berjalanlah sepuas-puasnya sementara kaki kita ni masih boleh membawa kita berjalan. Lagi pula aku pernah terbaca beberapa isu berkaitan PSORIASIS ARTHRITIS yang boleh mengakibatkan kelumpuhan kekal kepada pesakit. Aku ada PSORIASIS ARTHRITIS so aku ada potensi untuk mendapatkan kesan yang sama.
Aku baru sahaja balik dari 'melancong' aka balik ke kampung untuk kurang 2 minggu. Aku berada di Kuala Lumpur, Kuantan, Pekan, Mersing, Kota Tinggi dan Johor Bahru. Berjalan ke sana sini. Keluar masuk kampung, pekan, bandar, bandaraya, pasar malam, pantai, pusat membeli belah, felda etc. Berada dalam komuniti masyarakat yang banyak dengan karenah yang pelbagai.
Dan aku mempunyai kulit yang merah dan jika aku berada dalam situasi sekitar yang panas walau sedikitpun then kulit aku akan bertambah kemerahannya. Sejujornya ada masa aku sangat enjoy setiap kali aku berjalan orang di kiri kanan aku melihat aku penuh ketakutan dengan spekulasi negatif yang entah apa-apa entah. Aku selalu imagine setiap kali mereka melihat aku macam tu then agak-agaknya apa yang wujud dalam fikiran mereka.
"Hei, apsal budak ni sangat merah? Dia mabuk ke? Dia ada penyakit berbahaya ker?"
Then bila korang start bercakap dengan mereka, mereka akan tengok kita dari atas bawah. Ada yang cuba mengelak tersentuh kulit etc. Lawak.. Mereka jahil sebab mereka tak tahu.
Tapi most of the timenya aku sangat-sangat tak enjoy dilayan seperti orang yang berbeza. Dilayan tak sama macam yang lain aka setiap kali kita berjalan di mana sekalipun then semua mata akan menoleh pada kita. Menoleh tanpa henti, tanpa kelip, then mulut mereka start cakap pelik-pelik..
One word: Prejudice
Sepanjang masa aku yakin bukan aku seorang je tapi semua penghidap PSORIASIS atau apa-apa penyakit sekalipun walau di mana-mana sekalipun pasti ingin dilayan seperti orang normal. Jadi setiap kali aku berjalan, apa yang aku selalu harapkan ialah tak akan ada mata yang melihat aku dengan pandangan yang cukup pelik. Pelik dalam definisi mereka melihat aku seolah-olah aku ialah makhluk asing yang akan bagi bad effect pada mereka.
Aku tahu aku tak akan jadi normal tapi layanlah aku seperti seorang yang normal. TQ
sy pun pesakit psoriasis..pernah anak buah sy ckp sy ni ada aids..huhuhu...rasa nk marah pun ada tp budak2 mana la tau pasal penyakit ni..so kena sabar je la bebnyk..klu org lain jgn ckp la,mcm2 soalan akan ditnya dengan pandangan mata yg entah apa2..
ReplyDelete