Pengakuan Seekos Aku

Setiap imej dan hasil penulisan yang terdapat di dalam blog ini adalah hak milik tetap pemilik blog. Ia tidak berkaitan secara langsung mahupun tidak dengan sesiapa yang masih hidup ataupun yang telah tiada lagi (atau dalam proses tiada lagi di dunia). Jika terdapat persamaan maka ia hanyalah sekadar kebetulan semata-mata. Malah pemilik blog juga tidak memperakui sebarang imej atau penulisan yang terlebih dahulu telah diakui bukan dimiliki oleh pemilik blog. Lantas sebarang unsur penggunaan imej dan hasil penulisan tanpa pengesahan pemilik adalah ditegah sama sekali.

Sunday 22 August 2010

7. Lidah Buaya

Dear Psoriasis, 
Have you ever try ALOE VERA on your skin? May be you should. Selama ni aku tak terfikir yang tumbuhan yang ditanam oleh emak di pasu luar rumah boleh memberi kesan besar kepada kulit aku. Yap, kulit yang mengalami psoriasis dalam tempoh yang singkat menunjukan kesan yang baik. 90% psoriasis di tangan hilang. Dan sekitar 60% psoriasis di kaki juga menghilang.

Selama ni menghabiskan beribu-ribu ringgit untuk membeli ubat-ubatan makan dan sapu yang mengandungi kadar bahan kimia yang tinggi dan tiba-tiba tanaman yang selama ini sentiasa berada di hadapan mata (yang percuma dan bebas bahan kimia 100%) tiba-tiba mampu menyembuhkan.




Sebelum ini LIDAH BUAYA @ ALOE VERA ini hanya diketahui mampu melembutkan kulit dan menyembuh luka sahaja. 









Sunday 8 August 2010

6. Doa

Still remember masa sekolah menengah dulu: pada saat awal-awal remaja. I keep questioning GOD why Dia jadikan aku with this skin? Kenapa dalam berbillion trillion penduduk di muka bumi ni, Dia pilih aku? Kenapa tak jiran depan rumah yang asyik tak pernah puasa setiap tahun atau jiran sebelah rumah mak cik yang setiap hari melantak hisap gam jer? Kenapa mesti aku? Aku yang ada muka okey (statement perasan), bentuk badan okey (perasan lagi), otak okey (boleh dikategorikan perasan lagi) dan ada masa depan yang jauh dalam apa-apa bidang yang aku boleh ceburi tapi akhirnya aku terpilih with this skin.



So I keep questioning and blaming GOD for the skin. Even pernah juga pada masa otak masih terlalu muda (pemikiran biasa pada zaman remaja) suruh tuhan matikan aku dari hidup dengan rasa malu ni. Hmmm



But as time goes by, aku baru perasan bahawa aku dah lama tak berdoa agar ALLAH SWT sembuhkan penyakit aku. Yaa.. mungkin dalam setahun bilangannya boleh dikira. Even emak pula yang selalu ingatkan aku agar berdoa pada ALLAH SWT agar hilangkan penyakit aku. But aku tak nak ia pergi. Ia dah jadi sebahagian dari diri aku. Walau betapa aku asyik mengeluh, bersedih, marah, ia tetap bersama aku. It seem my skin is my best buddy..


PSORIASIS ialah anugerah pada aku. 


Then teringat kata-kata seorang uncle ni masa treatment di Hospital Umum Sarawak masa sekolah menengah dulu. 

That Uncle : Macam mana cara kita nak bagitahu orang yang kita suka dia?
Aku : Kita buat dia ketawa, suka, gembira...
That Uncle : Selain tu?
Aku : ....
That Uncle : Kita akan buat dia marah pada kita, menanggis pada kita, kita buat apa sahaja supaya dia boleh ingatkan kita tak kira di mana pun dia berada.
Aku : (berfikir dan senyum)
That Uncle : Sebegitu juga tuhan. Dia bagi adik (aku) penyakit ni supaya adik sentiasa ingat tentang dia. Betapa dia sangat sayangkan adik lebih dari yang lain. Dia istimewakan adik..


So sweet isn it? ALLAH sayangkan aku. I believe that. so should you...!!!