Pengakuan Seekos Aku

Setiap imej dan hasil penulisan yang terdapat di dalam blog ini adalah hak milik tetap pemilik blog. Ia tidak berkaitan secara langsung mahupun tidak dengan sesiapa yang masih hidup ataupun yang telah tiada lagi (atau dalam proses tiada lagi di dunia). Jika terdapat persamaan maka ia hanyalah sekadar kebetulan semata-mata. Malah pemilik blog juga tidak memperakui sebarang imej atau penulisan yang terlebih dahulu telah diakui bukan dimiliki oleh pemilik blog. Lantas sebarang unsur penggunaan imej dan hasil penulisan tanpa pengesahan pemilik adalah ditegah sama sekali.

Monday 23 May 2011

10. Rawatan Pelik

Kalau korang ialah seorang penghidap PSORIASIS untuk satu tempoh masa yang lama then aku yakin yang korang tak hanya memilih untuk stayed pada satu-satu rawatan jer sepanjang tempoh masa korang hidup. Korang pasti dah pergi ke banyak tempat, berjumpa banyak doktor ilmiah, doktor rawatan alternatif, doktor kampung, bomoh, manusia terpilih etc. Itu belum lagi masok kos rawatannya. Tapi kali ni just nak sentuh rawatan pelik-pelik jer.


Aku pernah pergi jumpa bomoh yang 'menurun' then jilat kaki aku kemudian termuntah-muntah dia, aku pernah jumpa orang yang 'pandai' mengubat katanya ada jin laut yang marah pada nenek moyang aku dulu then hukum aku so dia bagi air 'penawar' untuk sembuhkan aku. Plus ada yang suruh makan ular or minyak ular sebab kulit ular cam kulit aku r. Ada yang suruh sapu kulit aku ngan uri budak baru lahir r. Tapi 2 terakher tu aku tak pernah cuba r.



Plus ada gak yang sangat irritating cadangkan guna ubat panau, ubat kayap, ubat ruam..



Tapi ada part ada nasihat yang membuahkan hasil positif. Pernah guna ubat Cina or aloe vera dan beberapa ubat alternatif lain. Memang berkurang cuma kulit PSORIASIS ni agak pandai. Bila ubat sekali ia akan okey tapi  the next time ia dah tak ada effect lagi. Dah jadi imun. Hmmm...






















Or ada gak yang bagi worst advice guna ubat jerawat or minyak TYT yang leh halang gigitan nyamuk tu.. Hmmm

Sunday 22 May 2011

Psoriasis Yang Mengembara

Aku seorang yang sangat suka berjalan-jalan. Mungkin sebab aku aku berdiri pada prinsip: Hei, berjalanlah sepuas-puasnya sementara kaki kita ni masih boleh membawa kita berjalan. Lagi pula aku pernah terbaca beberapa isu berkaitan PSORIASIS ARTHRITIS yang boleh mengakibatkan kelumpuhan kekal kepada pesakit. Aku ada PSORIASIS ARTHRITIS so aku ada potensi untuk mendapatkan kesan yang sama.


Aku baru sahaja balik dari 'melancong' aka balik ke kampung untuk kurang 2 minggu. Aku berada di Kuala Lumpur, Kuantan, Pekan, Mersing, Kota Tinggi dan Johor Bahru. Berjalan ke sana sini. Keluar masuk kampung, pekan, bandar,  bandaraya, pasar malam, pantai, pusat membeli belah, felda etc. Berada dalam komuniti masyarakat yang banyak dengan karenah yang pelbagai.

Dan aku mempunyai kulit yang merah dan jika aku berada dalam situasi sekitar yang panas walau sedikitpun then kulit aku akan bertambah kemerahannya. Sejujornya ada masa aku sangat enjoy setiap kali aku berjalan orang di kiri kanan aku melihat aku penuh ketakutan dengan spekulasi negatif yang entah apa-apa entah. Aku selalu imagine setiap kali mereka melihat aku macam tu then agak-agaknya apa yang wujud dalam fikiran mereka.

"Hei, apsal budak ni sangat merah? Dia mabuk ke? Dia ada penyakit berbahaya ker?"
Then bila korang start bercakap dengan mereka, mereka akan tengok kita dari atas bawah. Ada yang cuba mengelak tersentuh kulit etc. Lawak.. Mereka jahil sebab mereka tak tahu.






Tapi most of the timenya aku sangat-sangat tak enjoy dilayan seperti orang yang berbeza. Dilayan tak sama macam yang lain aka setiap kali kita berjalan di mana sekalipun then semua mata akan menoleh pada kita. Menoleh tanpa henti, tanpa kelip, then mulut mereka start cakap pelik-pelik..










One word: Prejudice











Sepanjang masa aku yakin bukan aku seorang je tapi semua penghidap PSORIASIS atau apa-apa penyakit sekalipun walau di mana-mana sekalipun pasti ingin dilayan seperti orang normal. Jadi setiap kali aku berjalan, apa yang aku selalu harapkan ialah tak akan ada mata yang melihat aku dengan pandangan yang cukup pelik. Pelik dalam definisi mereka melihat aku seolah-olah aku ialah makhluk asing yang akan bagi bad effect pada mereka.
 











Aku tahu aku tak akan jadi normal tapi layanlah aku seperti seorang yang normal. TQ

Friday 6 May 2011

8. A Year After

Dear Psoriasis,
Maafkan aku sebab dah terlampau lama tak update apa-apa post dalam blog ni. Al maklum terpaksa handle 2 blog dalam satu masa then banyak masa digunakan untuk http://mynameisnazir.blogspot.com jer. Post kali terakhir yang aku keluarkan ialah pada Ogos 2010. Dah hampir setahun berlalu. So what happens to me sepanjang setahun tu? Let me share it with you guys.


Kalau dari post terakhir, it seems aku dah jumpa my miracle tapi aku lupa. Selalu sangat lupa yang psoriasis masih belum ada penawar sepenuhnya so that means ia hanya akan reda seketika dan kemudian datang balik. Satu kitaran. Kitaran yang sering aku terlupa. 

So penyakit aku datang lagi. And everytime ia sembuh dan datang kembali ia akan jadi jauh lebih teruk dari sebelumnya. Ia dah jadi pola kepada aku. Dan ubat terakhir yang aku gunakan ialah kaedah Homeoteraphy (bukan homo-terapi ar). Doktor tu kata ia akan ambik masa yang lama untuk sembuh then ia akan ambik masa yang lama balik untuk datang kembali. Tapi 3 bulan berlaku still ia baik 0.3% cam tu dan ia turn double-triple worst. So aku berhenti dari guna tu dan kembali kepada ubat lama. 


Dalam tempoh kurang setahun tu jugak aku berjumpa ngan sorang pesakit PSORIASIS lain satu kampung aku. Dia masih muda gak. Sekitar pertengahan or lewat 30-an cam tu r. Dia perempuan dan ada 2 orang anak. Dan rasanya dah setahun dia berhenti kerja. Atas nasihat doktor. Sebab kerja tu akan memudaratkan kesihatan dia. Dan dia dapat pencen ILAT PERKESO. So dia suggest aku untuk ambik pencen sama. Aku akan terkesima. Sebab hidup aku masih muda untuk aku tamatkan just like that jer.. Tapi kalau aku dah berada di tempat dia then nak buat cam mana kan?

Dia ada buat rawatan di hospital pakar kulit. Dia dah buat beberapa kali operation dah. Ada ambik sum-sum tulang belakang etc dan banyak lagi sesi terapi r. Hasilnya: kulitnya sangat cantik. Dia terharu kata "Dulu it seems mimpi untuk pakai t-shirt lengan pendek".. Tapi bad effectnya: tulang belakang dia sangat teruk dan dia most of the time duduk jer di rumah ngan duit pencen dia tu.







Sebab dia ada artritis gak then dia kata "Ianya sebenarnya tak ada bezapun antara pergi hospital ataupun tak. Sakit ni tetap ada. Tak akan pernah kurang. Either kita nak ia berlaku lebih cepat or tak jer.." Hmmm..









Aku terfikir last week untuk dapatkan balik rawatan di hospital pakar kulit. Tapi Im not ready...










Dan aku dah 3 bulan menganggur. Aku tak tahu kenapa aku berhenti. Mungkin salah satunya sebab penyakit ni..

















Sama alasan aku not in any relationship rite now....













Aku selalu guna alasan "Im not ready.."