Pengakuan Seekos Aku

Setiap imej dan hasil penulisan yang terdapat di dalam blog ini adalah hak milik tetap pemilik blog. Ia tidak berkaitan secara langsung mahupun tidak dengan sesiapa yang masih hidup ataupun yang telah tiada lagi (atau dalam proses tiada lagi di dunia). Jika terdapat persamaan maka ia hanyalah sekadar kebetulan semata-mata. Malah pemilik blog juga tidak memperakui sebarang imej atau penulisan yang terlebih dahulu telah diakui bukan dimiliki oleh pemilik blog. Lantas sebarang unsur penggunaan imej dan hasil penulisan tanpa pengesahan pemilik adalah ditegah sama sekali.

Friday 6 May 2011

8. A Year After

Dear Psoriasis,
Maafkan aku sebab dah terlampau lama tak update apa-apa post dalam blog ni. Al maklum terpaksa handle 2 blog dalam satu masa then banyak masa digunakan untuk http://mynameisnazir.blogspot.com jer. Post kali terakhir yang aku keluarkan ialah pada Ogos 2010. Dah hampir setahun berlalu. So what happens to me sepanjang setahun tu? Let me share it with you guys.


Kalau dari post terakhir, it seems aku dah jumpa my miracle tapi aku lupa. Selalu sangat lupa yang psoriasis masih belum ada penawar sepenuhnya so that means ia hanya akan reda seketika dan kemudian datang balik. Satu kitaran. Kitaran yang sering aku terlupa. 

So penyakit aku datang lagi. And everytime ia sembuh dan datang kembali ia akan jadi jauh lebih teruk dari sebelumnya. Ia dah jadi pola kepada aku. Dan ubat terakhir yang aku gunakan ialah kaedah Homeoteraphy (bukan homo-terapi ar). Doktor tu kata ia akan ambik masa yang lama untuk sembuh then ia akan ambik masa yang lama balik untuk datang kembali. Tapi 3 bulan berlaku still ia baik 0.3% cam tu dan ia turn double-triple worst. So aku berhenti dari guna tu dan kembali kepada ubat lama. 


Dalam tempoh kurang setahun tu jugak aku berjumpa ngan sorang pesakit PSORIASIS lain satu kampung aku. Dia masih muda gak. Sekitar pertengahan or lewat 30-an cam tu r. Dia perempuan dan ada 2 orang anak. Dan rasanya dah setahun dia berhenti kerja. Atas nasihat doktor. Sebab kerja tu akan memudaratkan kesihatan dia. Dan dia dapat pencen ILAT PERKESO. So dia suggest aku untuk ambik pencen sama. Aku akan terkesima. Sebab hidup aku masih muda untuk aku tamatkan just like that jer.. Tapi kalau aku dah berada di tempat dia then nak buat cam mana kan?

Dia ada buat rawatan di hospital pakar kulit. Dia dah buat beberapa kali operation dah. Ada ambik sum-sum tulang belakang etc dan banyak lagi sesi terapi r. Hasilnya: kulitnya sangat cantik. Dia terharu kata "Dulu it seems mimpi untuk pakai t-shirt lengan pendek".. Tapi bad effectnya: tulang belakang dia sangat teruk dan dia most of the time duduk jer di rumah ngan duit pencen dia tu.







Sebab dia ada artritis gak then dia kata "Ianya sebenarnya tak ada bezapun antara pergi hospital ataupun tak. Sakit ni tetap ada. Tak akan pernah kurang. Either kita nak ia berlaku lebih cepat or tak jer.." Hmmm..









Aku terfikir last week untuk dapatkan balik rawatan di hospital pakar kulit. Tapi Im not ready...










Dan aku dah 3 bulan menganggur. Aku tak tahu kenapa aku berhenti. Mungkin salah satunya sebab penyakit ni..

















Sama alasan aku not in any relationship rite now....













Aku selalu guna alasan "Im not ready.."

1 comment:

  1. Apa yang kita buat
    biasanya,akan jadi
    "sebuah rumah...".

    ReplyDelete