Pengakuan Seekos Aku

Setiap imej dan hasil penulisan yang terdapat di dalam blog ini adalah hak milik tetap pemilik blog. Ia tidak berkaitan secara langsung mahupun tidak dengan sesiapa yang masih hidup ataupun yang telah tiada lagi (atau dalam proses tiada lagi di dunia). Jika terdapat persamaan maka ia hanyalah sekadar kebetulan semata-mata. Malah pemilik blog juga tidak memperakui sebarang imej atau penulisan yang terlebih dahulu telah diakui bukan dimiliki oleh pemilik blog. Lantas sebarang unsur penggunaan imej dan hasil penulisan tanpa pengesahan pemilik adalah ditegah sama sekali.

Tuesday 14 June 2011

Another Hope

Semalam ada sorang uncle ni, datang promote produk dia. Another produk yang menjanjikan bahawa itu adalah ubat terakhir yang aku akan guna aka Psoriasis aku akan sembuh. Satu lagi janji. Menjadikan mood aku hilang.. Hmmm...


Satu perkara penting yang aku belajar sebagai seorang Psoriasis ialah betapa kita perlu sayang dan menerima diri kita seadanya. Yap, it is susah untuk orang lain menerima condition kulit kita tapi kalau kita sendiri tak dapat menerima or tak dapat menyayangi kulit kita sendiri then ia akan jadi jauh lebih SUCKS. Sebab aku pernah melalui era tu. Zaman di mana aku sembunyikan kulit aku as the other part of me yang aku tak nak orang lain tahu. Sebab aku ada pengalaman di mana ramai yang tak boleh menerima kulit aku seadanya.
.
.
Tapi bila aku dah mulai menerima kulit aku, sayanginya as it is then rasa bebanan yang kita bawa dah berkurangan. Dan orang boleh menerima kita. Plus aku lebih confident berhadapan dengan masyarakat. 














Bila semalam uncle tu guna ayat cam: sayang budak ni ada muka tapi tak boleh nak kahwin or kerja sebab ada penyakit ni aku rasa ia dah tak bagi effect pada aku sebaliknya ia bagi kesan pada parents aku je seterusnya menjadikan aku rasa bersalah plak. Sememangnya aku dah lama buat keputusan aku tak nak jalin apa-apa perasaan cinta pada yang seterusnya leh bawa kepada perkahwinan sebab sakit aku ni. Dan aku dah menerimanya secara terbuka. Aku positif dan redha jer dengan keputusan tu.


Tapi bila ia melibatkan perasaan parents aku then ia akan menyingung aku sekali. Betapa mereka nak sangat anak bongsu mereka ni rasa normal dan jalani hidup normal cam anak-anak yang lain: bercinta, berkeluarga, berkerjaya. Mereka nak aku sembuh sedangkan aku tahu memang tak ada istilah sembuh untuk penyakit aku ni.















Bulan ni je dah lebih RM1000 dibelanjakan untuk aku.





















Rasanya aku buat ni pun sebab mereka.

2 comments:

  1. tuan minta tuan ikhtiar saranan saya minum air kisaran aloe vera dicampur setengah camca garam dan gula.amalkan selama 3 kali seminggu selama 3bulan-6 bulan.tuan akan lihat hasilnya dengan izin allah.

    ReplyDelete
  2. Thanks anonymous sebab cadangan tu.. entah ar kadang2 rasa mungkin dah tiba masa untuk aku jangan fikir terlampau untuk memulihkan fizikal aku lagi tapi sebaliknya memperkukuhkan dalaman dari aku jauh lebih penting... hmmmm

    but thanks sebali lagi sebab sanggup share pengalaman

    ReplyDelete