Pengakuan Seekos Aku

Setiap imej dan hasil penulisan yang terdapat di dalam blog ini adalah hak milik tetap pemilik blog. Ia tidak berkaitan secara langsung mahupun tidak dengan sesiapa yang masih hidup ataupun yang telah tiada lagi (atau dalam proses tiada lagi di dunia). Jika terdapat persamaan maka ia hanyalah sekadar kebetulan semata-mata. Malah pemilik blog juga tidak memperakui sebarang imej atau penulisan yang terlebih dahulu telah diakui bukan dimiliki oleh pemilik blog. Lantas sebarang unsur penggunaan imej dan hasil penulisan tanpa pengesahan pemilik adalah ditegah sama sekali.

Sunday 26 June 2011

Pekerjaan & Psoriasis

Aku ialah seorang lelaki yang cukup gemar bertukar kerja atau dalam bunyi tak bestnya aku suka berhenti kerja. Yap aku akui yang pekerjaan memang ada effect pada pesakit psoriasis tapi realitinya aku tak pernah berhenti kerja kerana sakit psoriasis aku. Hmmm..


Stress ialah ciri utama yang akan menjejaskan kulit si psoriasis. Tapi siapa dapat lari dari tekanan tempat kerja kan or tempat kerja mana yang tak ada tekanan kan? Boss kita mahukan itu ini untuk naikan prestasi kerja, kadang-kadang kena handle tugas berat, kena travelling kat tempat jauh, fail jayakan assignment yg ditugaskan, kena marah boss, rakan sekerja kencing kita dari belakang etc. Yap aku pernah lalui tekanan yang bagi effect teruk pada kulit aku sendiri.

Tekanan lebih teruk buat psoriasis yang menyembunyikan kewujudan psoriasis pada diri mereka atas alasan takut rakan sekerja tak mampu terima diri mereka seadanya. Dont worry there are such people like that tapi tak semua orang macam tu. Aku dah jumpa ramai rakan-rakan sekerja yang baik yang bukan je wujud kat tempat kerja tapi leh bawak hang-out luar masa kerja lagi dan mereka anggap kulit aku cam kulit-kulit yang biasa jer.



But walau betapa teruk keadaan sekalipun still Psoriasis masih perlu bekerja untuk beli ubat untuk kurangkan gejala psoriasis.





Tapi sekali lagi aku tak pernah berhenti kerja dalam banyak-banyak kerja ni atas alasan kulit aku. Bagi aku setelah aku melepasi tahap boleh menerima psoriasis as part of my life then aku dah tak jadikan psoriasis sebagai alasan kenapa aku tak leh buat itu, kenapa aku tak leh buat ini etc.















Cuma sebagai seorang psoriasis aku teringin gak nak terlibat dalam certain sector pekerjaan yang quite mustahil untuk pesakit yg quite kronik psoriasisnya cam: jadi first liner kat fast food restaurant, flight cabin crew, model, pelakon, penyanyi or apa-apa pekerjaan yang orang sangat tak boleh terima orang sakit kulit sebagai pekerjanya. 












Last Friday dapat call surog pergi interview salah satu kerja tu. Aku harap aku dapat lakukannya walaupun aku ada psoriasis dan kerja tu tak mungkin akan terima seorang yang cam aku. Walau tak berjaya sekalipun setakat masuk interviewnya pun dah cukup baik. Doakan aku wahai rakan psoriasis..

4 comments:

  1. insya allah

    jika kamu masih mahu berjalan.
    pasti ada banyak lorong dan jalan.

    ReplyDelete
  2. insyaallah jay..ku tauk ko blh hadapi interview ya.mun da rezki ko kja kat sia.ada lah.sik kisah lah kau psoriasis tau sik.mungkin da hikmah tuhan berik ujian ko mcm tok.bnyk kan bersabar k dan berdoa k.hmm berkawan bkn utk bekwn time senang jak and nk yg perfect jak.ya bkn kwn..yg pasti kta tetap kwn k..apa2 mun da pa2 roger jak k.fren 4ever fren :-) -LaiLa-

    ReplyDelete
  3. Salam. Macam mana psoriasis u skrg? Saya juga ada psoriasis dulu. Skrg dah ok. Bekas pesakit psoriasis. :)

    ReplyDelete