Pengakuan Seekos Aku

Setiap imej dan hasil penulisan yang terdapat di dalam blog ini adalah hak milik tetap pemilik blog. Ia tidak berkaitan secara langsung mahupun tidak dengan sesiapa yang masih hidup ataupun yang telah tiada lagi (atau dalam proses tiada lagi di dunia). Jika terdapat persamaan maka ia hanyalah sekadar kebetulan semata-mata. Malah pemilik blog juga tidak memperakui sebarang imej atau penulisan yang terlebih dahulu telah diakui bukan dimiliki oleh pemilik blog. Lantas sebarang unsur penggunaan imej dan hasil penulisan tanpa pengesahan pemilik adalah ditegah sama sekali.

Tuesday 26 July 2011

Psoriasis Support Group

Percaya tak kalau aku kata dulu aku pernah masukkan 'Join other PSORIASIS dalam persatuan PSORIASIS' sebagai antara senarai yang paling aku takut nak buat? Sedangkan orang selalu kata kalau kita berada dalam persatuan atau kumpulan masyarakat yang ada persamaan dengan kita menjadikan kita jauh lebih kuat tapi sebaliknya aku fikir tak. Hmmmmm..


Mungkin sebab dulu aku cukup rapuh (tak menjadikan aku sekarang ni cukup kuat) dari segi dalaman ar.Aku fikir aku pasti akan jadi lebih rapuh dan lemah bila berjumpa orang lain yang senasib dengan aku. Mereka yang share their same stories as mine tak akan sedikitpun menjadikan aku jadi lebih kuat. Hei, Im a PSORIASIS and I know how does it feel to become a PSORIASIS.

Plus dulu aku suka lari dari masalah aka lari dari PSORIASIS itu sendiri. Pretend that Im normal maka aku sembunyikan PSORIASIS tu. Dan aku sedaya upaya x nak orang tahu PSORIASIS pada diri aku.






Tapi itu dulu. Satu era yang dah lama aku tinggalkan.







Aku dah x nak lari-lari lagi. Malah aku bangga untuk bagitahu semua yang aku ada PSORIASIS. PSORIASIS ni yang bawak aku ke tahap ni.








Plus aku dah tak takut nak jumpa sesiapa yang senasib dengan aku lagi. Malah aku boleh katakan aku cukup kuat untuk tersenyum dan bagitahu mereka yang sama nasib dengan aku ngan kata: it okey to have PSORIASIS. Do not  hide yourself. Proud of yourown skin.










PSORIASIS tak akan hilang dari diri korang so korang kena terima ia seadanya seperti mana korang harap orang lain leh terima korang seadanya. Plus kalau korang x leh terima PSORIASIS anda then it will turn worst. Believe me in that..











Plus bila korang tak takut nak sembunyikannya then percayalah pasti akan ada kekawan yang leh terima dan bagi sokongan pada korang. Ia bukan simpati tapi sokongan.











Terima kasih pada kekawan yang bagi sokongan pada aku selama ni. Hmmmm..

3 comments:

  1. semasa me membesar.
    orang selalu kutuk,dan ejek.sebab me ada gigi kapak yg besar.
    itu buatkan me jarang bergambar dan beri senyuman.

    sampailah satu hari.
    seorang teman beritahu~

    " kamu ada senyuman paling cantik...jadi kenapa jarang senyum ?? ".

    sejak dari hari itu,me sedar.
    jika kita peduli dengan komen negatif,yang orang beri.Jadi kenapa tidak,kepada komen positif ??.

    jadi me mula senyum.
    tak kisah lah gigi besar ke.
    janji me senyum.

    ReplyDelete
  2. jangan berputus asa sudah ada yang pulih sepenuhnya..tuan pergi laman web herbaprima.com.jus dr11 dr rozmey telah berjaya merawat psioriasis kronik.rujuk testimoni en amir zulkifli n boleh hubungi beliau untuk kongsi pandangan dan pengalaman beliau di 0126441780.azmi gua musang.

    ReplyDelete
  3. saya juge senasib dgn saudara...kdg2 2 saya rase tertekan sgt..sampai nk jauh kan diri dengan org2 yg tersayang.. mgkn kite antare golongan yg 'bertuah' mendapat penyakit nie.. Sabar,berdoa,berusaha, & tawakal je la.. saya yakin kan diri tok mampu lawan penyakit nie hari demi hari..walaupOn kdg2 saya xkuat rase tidak sempurna cam org lain.. :(

    ReplyDelete