Pengakuan Seekos Aku

Setiap imej dan hasil penulisan yang terdapat di dalam blog ini adalah hak milik tetap pemilik blog. Ia tidak berkaitan secara langsung mahupun tidak dengan sesiapa yang masih hidup ataupun yang telah tiada lagi (atau dalam proses tiada lagi di dunia). Jika terdapat persamaan maka ia hanyalah sekadar kebetulan semata-mata. Malah pemilik blog juga tidak memperakui sebarang imej atau penulisan yang terlebih dahulu telah diakui bukan dimiliki oleh pemilik blog. Lantas sebarang unsur penggunaan imej dan hasil penulisan tanpa pengesahan pemilik adalah ditegah sama sekali.

Sunday, 23 October 2011

Aj Wheelcha

Miss Chia (manager aku) suroh aku jumpa doktor kulit. Yap, my skin condition seems turning worst sekali lagi. Realitinya kerja ni menjadikan aku tak ada masa untuk sesiapa, untuk apa-apa and even untuk diri aku sendiri. Tekanan luar dan dalam menjadikan stress aku a bit teruk. Yap, stress menjadikan psoriasis turn worst too. Dan kerja ni gak memerlukan aku berdiri a bekerja pada masa yang panjang then effectnya pada arthritis aku pun bertambah teruk.


Korang nak tahu apa sebab utama aku tak nak jumpa doktor? Selain most doctor tak pernah bagi apa-apa harapan melainkan preskripsi dan ubat-ubatan jer, aku cukup takut kalau doktor tu advice aku agar berhenti kerja dan ambil pencen muda. Yap, I got a family member yang a bit jauh yang punya psoriasis arthritis cam aku. Pada usia pertengahan 30-an dia diadvice by doctor untuk ambik pencen Ilat Perkeso sebab pekerjaan dia akan bagi effect teruk pada kesihatan dia. 

Realitinya pssoriasis aku jauh lebih teruk dari dia. Dia menghidap psoriasis pada usia belasan tahun sedangkan aku since dari usia 2 tahun lagi. Aku takut kalau tulang-tulang aku membengkok. Aku takut kalau aku dah tak mampu berdiri dan berjalan seperti hari ni lagi. Or what if jika kajian tentang psoriasis akan hidup separuh dari kehidupan manusia normal?









Yap, mood aku sedang down sehingga aku berharap that I could be normal di saat orang lebih dengar apa yang aku cakap daripada mereka lebih fokus kepada kulit aku, di saat orang mampu berada di sebelah aku tanpa mereka perlu risau aku akan menjangkiti mereka, or di saat kulit aku yang jatuh tak menjengkelkan sesiapa or saat aku tak perlu risau tentang banyak perkara dan boleh hidup dan mati dengan tenang seperti orang-orang lain.




















Aku yakin aku sedang berjalan pada laluan yang ditentukan oleh-Nya. Dan aku redha pada semuanya..






















Cuma aku ingin terus berdiri, berjalan dan berlari lebih lama lagi. Hmmmm

3 comments:

  1. =(
    awak sabar ea..
    i know how hard it

    ReplyDelete
  2. I recently came across your blog and have been reading along. I thought I would leave my first comment. I don't know what to say except that I have enjoyed reading. Nice blog. I will keep visiting this blog very often.


    Susan


    Cure for Sweaty Feet

    ReplyDelete
  3. Maaf tersesat kt sini..semoga awk tabah menjalani hari2 yg mendatang...:-)

    ReplyDelete